Feb 24, 2011

still the same


First of all, maaf kerana aku menyemakkan dashboard korang dgn entry aku yang macam2 nie. by macam2 nie aku maksudkan luahan hati aku.. aku dengan blog nie dari aku form 5. so basically kisah hidup remaja aku semua aku tulis kat sini, tapi aku dah delete 400 posts terawal aku,sebab waktu tu aku mcm nak start over dengan hdup baru.

dah dua bulan lebih dah pun dia tak bersama aku,tapi aku masih sama, takada progress. Macam nie je la, hari2 pun tetap sama, perasaan aku dekat dia and everything, aku masih rasa yang mcm baru semalam jer, dia pilih haluan lain. semuanya aku rasa mcm masih baru lagi. sejak pada itu, aku tak tatap pun gambar dia, sebab aku tau aku tak kuat, aku tak stalk pun dia. langsung tidak. kenapa aku lemah sgt mcm nie pun aku tak tau.

beberapa hari lepas, aku terasa mcm nak delete benda2 tak perlu dlm laptop nie..jadi aku buka lah pictures,documents semua sebab tak nak serabut sgt. gamba dia aku dah delete awal2 lagi, betul2 lepas kitorang break up, sbb aku tau aku tak boleh nak lalui semua tu hari lain, jadi aku buat awal2. aku bukak videos, sbb nak delete video2 yang aku tercopy..jadi aku kena cek satu2 sebab thumbnail dia icon windows media player, aku tak tau lah video ni video mana semua.

aku klik satu video ni, tiba2 aku nampak muka dia...luluh hati aku :'( aku record video tu masa kitorang pergi karoke kat alamanda..tak sampai 3 saat pun tgk video tu, air mata aku mengalir. aku tutup dan terus delete. lembik kan aku?

susahnya nak lalui sebelum ni, tiap2 hari aku bgn tidur, dia yang muncul dalam fikiran aku dulu. tangan aku nak jer text atau call dia, tp aku ingatkan diri aku, dia bukan untuk aku. setiap hari, aku mencari reason kenapa perpisahan aku dengan dia ini satu perkara baik dan betul, untuk aku move on. tapi aku tak jumpa sebab2 tu.

kadang2 aku borak2 dgn kawan aku, diorang nampak aku move on semua,tapi kalau diorang btul2 kenal aku, mesti diorang tau mcm mana perasaan aku. kadang2 aku tkbagitau the truth sbb, aku malas nak dengar nasihat2 yg suruh aku move on. aku dah cuba dah,tapi hati aku nie, rasa lain,tak sama dgn apa yang aku cakap.

aku mmg taktau nak buat apa.ini sekadar luahan aku, aku harap yang aku akan jadi lebih kuat dan boleh terima semua nie satu hari nanti.

2 comments:

syida said...

It takes me 4 years to forget Q(original man) huhu.. mula2 ak rse ak xkuat,tp kte sendiri yg kne develop utk jd kuat tu..jgn m'persoalkn knapa bnda2 ni jd kt kte..kau akn nmpk hikmahnya 1day..=)

anis.farhana said...

memang susah, even apa orang cakap, hanya diri kita je yang boleh decide untuk lupa or not. so far, i fail, just like you :)

There was an error in this gadget