Apr 26, 2011

siblings

hari ni kan tiba2 jer aku nak tulis pasal ni. aku ada dua orang abang, aku takde kakak, takda adik. anak bongsu nie :) hehe adik beradik kitorang okay lah, tapi takde lah rapat gila sampai cita problem masing2, tp kalau dinner satu family best la, gelak2 semua. dulu time kecik2 banyak lah gaduh, aku mesti kena pilih side semua, tgk la ade masa aku pilih abg first ada masa aku pilih abg 2nd.bila dah makin besar dah tak gaduh dah, borak2 ade la, macam dah matang takda la gaduh2 bagai.

aku nak tulis pasal satu kisah ni sebab aku rasa happy yang terlampau. macam nie ceritanya, aku dengan abg first aku baik jugak lah, abg aku nie jenis happy, suke buat lawak, sakat2 orang. kalau aku balik cuti, dia ada kat rumah rasa best gak la, xdela aku alone. awal tahun lepas kot, ke akhir tahun 2009, aku pun tak igt, kitorang satu family pergi dinner dekat fullhouse.

time tu aku baru keluar dari pasum, tgh frust menonggeng tekanan semua ada. takde lah cuba bayangkan, aku before2 nie exam semua result okay, tp bila wat asasi ni macam haprak pulak, sedih kot, rasa macam salah pilih jalan hidup. pastu susahkan parents aku lagi, nak tukar masuk kat cyber pulak.takpelah, sambung cerita, mula2 semua org gelak2 jer time makan, macam biasa.

tiba2 abg 1st suruh aku amik cake ke pergi order tah, aku tak nak, aku cakap g la order sendiri, pastu cam biasa la.adik beradik..dia paksa2..selalunya aku buat jer,tapi aku taktau kenapa malam tuh, aku mcm serabut gila kepala otak. aku terNAIK kan suara aku, muka abg aku berubah terus. mesti dia marah gila kat aku, yelaaa, gaduh main2 adelah, xdelah sampai marah, aku rasa macam bersalah gila, yela, dia abang aku, aku kena hormat dia, dia jugak yang akan jaga aku nanti...

esoknya tu, aku cakap lah ngan abang aku, tapi dia buat taktau. terkejut aku, abang aku marah lagi. kalau nak tau benda nie berlanjutan, setahun tau. mula2 aku pun ego gak, aku biarkan jer.. tapi dia abang aku, mana boleh aku tak cakap ngan dia...kitorang jumpe pun, mcm sebulan sekali, selalunya kalau dia balik rumah, aku tak balik, nak mengelakkan diri. tp mane boleh lari selamanya.

aku sayang abang aku. sangat. aku sayang dua2 sekali, sebab tu jer la adik beradik aku. haritu mak aku balik kampung, so ada ayah,abg and aku kat rumah. mak suruh aku ironkan baju abang aku, cuci semua. aku tanya abg aku, mana stokin dia, pastu dia cakap takyah basuh, reason dia jawab aku tanya tu pun sbb aku tanya depan ayah. takpela, kalau ikut hati aku pun malas nak layan,tapi xpela,aku takleh la nak ego sgt, aku iron gak baju dia. sbb esok dia nak g keje.

then baru2 nie, parents aku balik kampung. tiba2 aku ngan abang jer yang tinggal kat rumah. sorang duk atas sorang duk bawah,macam biasa la, tiba2 abg aku panggil aku. dia tanya nak makan apa. aku baru lepas makan,so aku taknak la.. tapi itu bukan apa aku nak cakap. bayangkan perasaan aku, setahun tak cakap dgn dia tiba2 dia tanya macam tu, aku happy yang teramat. lepastu ade lah beberapa benda dia buat yang menyebabkan aku terharu. walaupun, tak rapat macam dulu, tapi it's a good start. aku bersyukur yang sekarang, hubungan kitorang dah betambah okay. diorang abang aku, diorang yang akan jaga aku nanti. dan aku tau aku boleh count on them.

benda kecik pun boleh gaduh kan. kita tak boleh tunggu orang je bukak langkah kan, kita pun kena ada usaha jugak nak berbaik dengan orang...aku mengaku salah aku semua, n im trying to be a better person. i'll try to please every single person in my life, if im not good enough, i'm sorry from the bottom of my heart. cey! :)

sumpah sedih gila yang benda nie terjadi. buttt thats life kan. and i'm grateful. sbb mende2 nie, byk buat aku berfikir and berubah. for good.

aku tulis ni, sbagai peringatan kat aku. aku taknak macam ni dah, tak kira serabut mana pun otak kita, banyak masalah macam mana pun, kita kena jugak fikir pasal perasaan orang lain. aku harap yang family aku akan sentiasa stick together,susah senang, kitorang jadi anak2 yang taat dgn makpak, balas jasa makpak. semoga keluarga kita diberkati. juga sama buat rakan2.

No comments:

There was an error in this gadget