May 7, 2011

love or lust.

Bapak lah tajuk. aishhhh3. baiklah harini, nak tulis pasal sesuatu yang betul2 berlaku, maksudnya sebelum nie aku tulis benda yang tak berlaku? haha ok2 back to the story, cinta ke nafsu? sangat salah pulak bunyi dia. dan waktu nie aku single, baru breakup, which means aku tak lah mencurang atau apa2 pun. ini bukan latest breakup aku tp before2 tuh. ade seseorang dia datang dalam hidup aku, aku berkawan dengan dia. aku taktau kenapa aku suka sangat dia.

Dia macam bestfriend aku sangat. Sepanjang masa texting, dan aku bukanlah jenis yang suka text, tapi dengan dia aku boleh text sampai tertido semua, cakap telefon berjam2, tapi tu normal lah, aku mmg suka cakap telefon berjam2... ini first time aku open up to someone, dia boleh faham aku hebat punya. dia tau benda yang buat aku upset semua. tapi the best part nye, dia berjaya mengeluarkan diri aku yang sebenar. Aku suka cakap dengan dia, sebab dia buat aku tenang :)

dialah orang yang ajar aku tunjukkan rasa cemburu, aah dulu ego aku tinggi sangat, aku tunggu orang yang cari aku, kalau aku cemburu ke apa, aku buat taktau jer, macam orang tak ada perasaan.tapi dalam hati aku macam terbakar..susah macam tu kot.. but then, dia datang dalam hidup aku. dia buat hati aku berbunga2. dia buat benda yang aku paling tak sangka akan ada orang buat untuk aku. dia selalu kongsi choc Cadbury Break dengan aku, kalau aku taknak pun dia sumbat dalam mulut aku.

aku ingat lagi. if u fall..i fall, we'll fall together. ayat tu lah yang buat aku macam nak jatuh, sbb nak tgk dia jatuh sekali tak, and he did. mesti pelik kan asal jatuh2 nie. terlampau berat untuk diceritakan.

lepastu sesuatu terjadi, salah aku. aku tak sabar. dan itu mengubah semuanya. aku tak lagi ada orang yang rela dengar apa aku cakap. alaa kawan2 ada lah, tapi kan ini macam someone special yang boleh buat kita tak keruan kalau dia pergi. tapi aku buta, heh over pulak aku. tapi macam tu lah aku rasa.

terima kasih sbb semuanya, sebab hadir dalam hidup aku, dah ubah hampir kesemuanya, walaupun hanya sekejap dan tak berapa nampak pun perubahan tuh, tapi aku rasa perubahan tu dan aku rasa better :)

tapi apa kena mengena tajuk aku dengan apa yang aku tulis? entahla.adakah aku jatuh cinta dengan dia? ataupun dia hanya sekadar megisi tempat kosong dalam hati aku. hmmm. tapi kehilangan dia lagi perit dari kehilangan seorang kekasih.

kenapa aku banyak sangat mengarut harini? mungkin sbb aku rindu dia.
bila benda ini berlaku adalah sulit.
apa yang nafsu nya dalam cerita nie? itu yang kita kena fikirkan. hehe

remember.... if u fall..i fall, we'll fall together.


i can't live if living is without you :'(

No comments:

There was an error in this gadget