Jun 15, 2011

cara nak move on [yer2 je] -.-

kat sini aku nak blog cara2 nak move on. eh lupe, Hi :) kalau Rasyid Rahim baca nie mesti mengutuk aku,sbb bagi dia akulah manusia yang tak pernah move on tuh. tapi tak pelah, dia mmg suka kutuk aku,aku redha. okeh, back to the story, kalau break up mesti lah sedih kan, lagi2 bila kena dump. rasa macam dunia nie dah berakhir, tapi realitinya

tuju lagu jap

tp nie untuk breakup yang sedih2,kalau 2 org decide untuk stay friends takpe,itu lain cerita..

1)kalau sedih menangis lah sepuas2nya, luahkan segala yang terbuku dalam hati, kalau tak ada kawan, cakap sorang2 pun boleh, tp biar lah benda ini berlarutan 2 3 hari jer, jangan pulak berbulan2, sbb nanti mcm psyko pulakk :O kita akan selalu feel better lepas menangis,kalau tak korang alien.

2) buang number phone ex. macam aku,aku mmg tak ingat number orang, number yang aku hafal kat dunia nie, number kampung,rumah n phone ayah aku jer. ohh dgn 999 skali. so kalau aku buang mmg aku dah tak boleh contact dahh...buang jer number tuh, sbb nanti mesti korang ade keinginan nak text jugak, xpayah nak menipu. tahan perasaan dulu, cuba untuk hidup tanpa si dia.

3) buang semua gambar lebih elok, tak elok merenung pada yang bukan milik kita ceyh. mcm aku, aku tak nampak gambar ex aku berbulan dah, tp kalau anda okay jer pasal gambar takpela. tp nanti korang buang jugak kalau dah jumpe pasangan lain. kita kena tabah yo! tapi aku rasa kalau aku nampak gambar dia mungkin aku jadi lembik balik...aku nie cam sentimental sikit lahh..takboleh2.

4) jangan duduk sorang2. apa kata bykkan spend masa anda dgn family & rakan2. boleh lah mengurangkan rasa kesedihan. kalau duduk sorang2 nanti berfikir pulak. kenapa dia tak nak aku lah, aku nie teruk sangat ke lah, aku nie membosankan ke, dia ade orang lain dah ke...kita tak perlukan itu semua! tak bagus untuk kesihatan! kita cari benda baru yang boleh buat kita leka sikit, lupa benda2 camtu, erti kata lain. carilah keseronokan hidup.

5) dengar nasihat orang. mesti ade punyalah kawan2 yang bagi nasihat, ade yang mcm berlapik ada yang mcm menusuk kalbu. ada baiknya dorang cakap macam tuh, sbb nak kita sedar, mungkin bukan jodoh, nak buat macam mane kann? apa kata kita dgr jer nasihat org, kadang2 diri kita nie pun ada jugak salahnya.kita rasa kita betul,tp orang yang perhatikan kita mungkin lagi betul?

6) belajar. ini berkesan kot. cuba letak pelajaran lagi tinggi dari kehidupan cinta kita. ceyt.aku rasa nak tampa diri sendiri pulak, banyak bunyi pulak aku -.- yelahhh, apa kata belajar elok2 bagi makpak kita happy dulu, result sendiri bagus, kita yang untung. mana tau dapat ipad sebakul?haha

7) berkawan. jangan pulak takut dah nak berkawan orang lain. mungkin xjumpa lagi kot jodoh? jgn lah pulak jadi anti lelaki/perempuan pulak, xsemua orang sama. itu bergantung pada individu..tak salah tambah kawan, bukan suruh kawin,lek2 lu :)

8)takpayah benci2. tak comel lah benci2 orang..time marah tuh lain lah,tapi kejap jer sudahlah, kadang2 bukan salah dia pun, setiap perpisahan ada sebabnya, terima jelah kan? lagi kita benci2 orang,lagi susah nak move on. dah tak boleh nak go on together, better break up kan? kalau dah mmg sesuai sgt,takdenye nak breakup kan?

pastu aku malas nak fikir dah, kalau ada aku edit balik lahhh. tapi semua nie dulu tak berkesan untuk aku, yelah kan hati aku nie cam pondan sikit, aku tak boleh duduk sorang langsung,kalau duk sorang konfem menangis. aku 4 tahun kot tak single,tiba2 single. rasa macam sesat di dunia yang nyata. aku macam tak reti dah nak buat ape, tp lama2 okay lah.

aku nampak mcm move on tak? tapi setiap kali aku buat post yang aku move on, mesti selang beberapa hari lepas tuh aku sedih rasa mcm tak move on pulak, biasalah manusia nie mengada2, semua perasaan pun nak rasa. tp InshaAllah aku akan lebih baik pasni, jangan makin teruk sudahlah. that's why sekarang macam aku mcm busy nak belajar, nak distract diri drpd fikir2, walaupun sebelum tido aku fikir gak kadang2 tp xde ape lahhh kan. biasa laaa

but then ada org tu akan cakap..dia cinta sejati aku, dia everything aku, dia bla3 la...tp kan dia bukan lagi untuk kita, inshaAllah there's someone else :) positive jer.

satu jer nak lalui semua ni,kena kuat :) kita kena mencuba nak buat hidup kita lebih baik kan. so dont waste our time.

ps; sebenarnya aku tgh geram nie, bangun tido petang tadi sbb nak g kelas,tutorial sejam jer.last2 tutor takde. geram2. haha jadi aku nak tulis pepanjang :D

2 comments:

syida said...

bangga nama ak ada kt post kau wlupun ak salu ktuk kau..hihihihi..good post bdw..ak suke..bgus ah klau kau da btul2 move on..=) *baik kn ak ni*

cik bulan said...

sbb kau kutuk aku lah aku jadi macam nie :) thanks adik ku dkk!

There was an error in this gadget