Jun 28, 2011

hidup engkau bukan berakhir,tapi baru bermula.

Post ini aku nak tujukan buat seorang rakan. Dia tengah sedih sekarang nie, sebab Cinta :P wewit! Ini bukan nasihat tetapi cuma aku nak bagi kau bukak mata sikit. Aku tulis kat sini sebab aku kan selalu lupa aku nak cakap..tgh tulis pun aku lupa gak..tp boleh lah save2 skit kat sini, kalau depan2 aku lupa terus, eleh org taktau pun kau sape :P Dulu aku break up, menangis teruk gila , kau yang ada kat depan aku. Aku tau kau terkejut aku macamm tuh, aku pun terkejut gak :O tanjat boboi! tapi lepas aku break up tuh kau ada cakap satu ayat kat aku,


hidup engkau bukan berakhir,tapi baru bermula.

Ingat lagi tak? lepas tu ,kita pergi comic fest lah, jalan2 lah nak hilangkan sedih kan? mmg hilang pun, tp bila duduk sorang sedih balik jugak. biasalah mcm tuh. Aku tau sekarang kau tengah sedih gila, kalau banyak duit aku bawak kau g makan2, jalan2, shopping2..tp sekarang kan zaman sengkek kita huhu. tapi semalam tuh keluar mmg sbb nak bagi kau happy sikit2, tapi aku tau kau still fikir pasal kisah cinta kau tuh, tengok muka pun dah tau, xpelah at least xde lah kau duduk2 fikir benda tuh jer kan.

Kau jangan tak pergi kelas pulak sebab benda macam nie, aku pukul karang. apa kata kau channelkan kau punya kemarahan tuh kat belajar, boleh punya. sebab sekarang belajar yang penting. pasal bf kau tak payah nak risau sgt lah, kau cute ape, DKK suka jer kat kau.. relax ^_^ 

apa yang terjadi bukan salah kau, kalau salah kau aku cakap salah kau. Tapi aku tau kau memikirkan relationship kau yang lama tuh, tapi kalau lama, keadaan tak bagus, xbest jugak kan? perjalanan hidup kita jauh lagi, InshaAllah. Ramai lagi orang yang kau boleh jumpa tapi kalau cinta nak mati aku pun tak boleh buat apa jugak kan? 

tapi aku harap kau fikir lah elok2, fikir pasal kau, fikir pasal dia, bincang apa yang tak kena, kalau kau tak boleh terima benda tu, kau pergi, selesaikan elok2, jangan biar tergantung, kau pun taknak rasa tak sedap hati jugak kan?tapi kau maafkan dia, jangan berdendam pulak, tak elok, tak hensem lah berdendam2 kan. Kau maafkan je, tapi kau jgn fikir kisah cinta kau yang waktu awal2 dulu, benda tuh dah lama, sekarang orang dah matang, dia tau mana baik buruk. Kalau dia masih tak boleh nampak salah dia, walaupun kau dah beritahu, itu mintak pelempang nama dia, sebab apa yang terjadi benda besar, bukan benda kecik, aiseyman ayat aku dah macam benda serius sangat pulak kan.

okaylah, aku nak mandi nie, kau bila nak mandi? haha kalau sedih ke ape gitaw jer aku, nak g kenduri pun gitaw jer aku, InshaAllah ade kenduri tuh huhu. lagi satu jangan nak buat benda mengarut seperti ponteng kelas dan ponteng kelas :P tak ada gunanya mcm tuh, sbb kau yang rugi,n aku rasa nak blasah kau sikit2 nanti. dahhh, be strong tau!!

2 comments:

anis.farhana said...

wahhh, moon dah boleh jadi pakar cintan cintun..huhuhu

cik bulan said...

mane leh pakar,aku pun kecundang haha. tp sebab xnak tgk kawan sedih..ohoiiii miss you!

There was an error in this gadget