Jun 18, 2011

sabtu yang ohsem!

hari ni bangun pagi awal, sbb ade ice breaking upg [ uni.peers group]. mula2 pergi rasa mcm nak balik. huhu sbb rasa diri ini tua sangat, banyak freshie kat situ, segan aku ngan eqa. but then layan ajelah, ade jugak muka familiar datang so go on.

buat some group activities. lame gila tak buat kot, last buat time sekolah. agak2 2 tahun ++ jugak lah takde aktiviti cenggini. kalau ade pun kat sekolah tuh, pun aku tak pergi. aku kan muka kaki ponteng yang berjaya tuh. tp belajar tak berapa nak berjaya haha *kutuk diri sendiri japp

tadi from 7.20 am sampai 6.00 pm. lame kan? tapi worth it lah. dapat tambah kawan, bersuka ria dan mcm2 lagi. main explorace semua, berapa zaman dah tak main, last time kat sekolah pun tak join, sbb ketiduran. tgk lah bertapa malasnya aku dulu -.-

tp the worst part dalam explorace adalah kat satu checkpoint. kena pegang KATAK kot! okay kepada sesiapa yang mengenali aku, dorang akan tau yang aku nie bukan lah peminat katak, korang cakap lahh comel mcm mana pun ttp aku takut gila. aku takut CACING,PACAT,KATAK,LINTAH, dan SEMUA BENDA YANG MACAM LEMBIK2 & SLIMY! lepastuh kat checkpoint sama ada pulak maggots yang mcm dalam fear factor tuh. nampak dari jauh lagi. rasa nak T_T jer kot tadi. tapi buat katak jer lah..tuh pun lama, stress nak amik yang mana satu. haha
sambil nak amik tuh, terjerit2 lah aku "mak! mak!mak!" haha malu gila..cam ape tah...

errrrrr....tak comel langsung

gambar cacing tak boleh letak sebab aku takut sangat nak google gamba cacing...violent sangat :O


uishhh takut gila aku dengan makhluk2 tuh. tak tau nak bagi sebab apa takut tp sama jerlah dgn orang yg takut lipas. aku tak boleh overcome fobia aku nie :) tapi bila aku takut cacing semua orang nak gelak, huhu. korang tak paham perasaan aku... cuba korang selami jiwa,selami akal dan selami lautan dalam...mesti korang paham punya. ^_^

okeh2, nak out dah. tapi harini mmg best. thnks fasi2 yang best semua :)
UPG muahhhhhxxx!puiiiii!

No comments: